Tuesday, 26 March 2013

dulu, kini dan selamanya...



ASSALAMUALAIKUM....


   Setelah sekian lama tidak menulis. Banyak perkara yang telah dIA alami. suka dan duka sebagai hamba di muka bumi ini. pelbagai ujian dan cabaran yang harus dIA tempuh. Memang mudah untuk orang berkata tetapi yang melaluinya bukan mudah. Kalau sebelum ini dIA sedang menunggu keputusan SPM, kini dIA seorang pelajar prauniversiti di SMK(P) Sultan Abu Bakar.

1 Mac 2013. Jumaat.


dIA tidak sangka kegembiraan dIA untuk balik kampung pada hari itu tidak lama. Bukan sebab cikgu batalkan cuti balik kampung, tapi dIA terima berita paling buruk yang dIA tidak sangka langsung.

Satu-satunya adik lelaki dIA, Khairul Anuar bin Nordin telah pergi meninggalkan kami. dIA tidak tahu dan dIa tidak sangka, cuti tahun baru cina yang lalu adalah kali terakhir dIA lihat adik.

satu-satunya adik lelaki dIA

 Telah terlalu lama kami tidak bercerita bersama sejak dIA masuk asrama dan adik dengan kehidupan dia. Mungkin itu cara dia memberontak kerana inginkan perhatian. Bukan dIA tidak ambil tahu hal arwah tapi dia  lebih suka buat hal sendiri. Macam-macam yang arwah rancang untuk kehidupan dia. dIA sendiri dah rancang untuk belajar hingga berjaya dan bila dIA dah ada duit, dIA nak tolong adik. Buka kedai dan bagi adik yang uruskan.


Tetapi itulah ketentuan Allah. Usia adik tidak panjang. Allah lebih sayangkan adik. Mungkin dIA pernah menyalahkan ibu dan ayah atas kehilangan adik. Namun, dIA redha. 

Mungkin pemergian adik ada hikmahnya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.



DIANA IDAA 

No comments:

Post a Comment