Sunday, 22 April 2012

teman istimewa??

                                                     Assalamualaikum...                                                                                  

Kali ini diA ingin berkongsi pendapat diA mengenai teman.Pelbagai definisi boleh diperoleh mengenai teman.Sama ada teman daripada jantina yang sama ataupun teman yang berlainan jantina.Ada sesetengah buku yang diA baca mengatakan bahawa perempuan dan lelaki tidak akan boleh menjadi teman biasa mahupun teman baik.


Mungkin ada yang mengatakan bahawa perkara ini benar dan ada juga yang akan mengatakan bahawa perkara ini salah.Hal ini kerana,apabila lelaki dan perempuan bersahabat maka bibit-bibit persahabatan itu akan berubah daripada sayang seorang sahabat kepada cinta seorang kekasih.Inilah yang dikatakan lelaki dan perempuan tidak akan boleh menjadi teman baik.
Berlainan pula bagi mereka yang berpendapat bahawa lelaki dan perempuan boleh menjadi teman baik selama-lamanya.Selalunya mereka yang berpendapat begini tidak akan mencampurkan hal cinta dengan hal persahabatan.
Tetapi bagi diA,hal-hal cinta dan persahabatn ini adalah satu fenomena biasa bagi kita selagi bergelar manusia kerana soal hati dan perasaan mana mungkin boleh  ditahan dan dihalang .Jodoh pertemuan,ajal maut semuanya ditangan Allah yang maha Esa.


 Namun,zaman sekarang hal hati dan perasaan seolah-olah satu mainan yang tidak perlu diambil kira.Jikalau suka kita ambil dan jikalau sudah bosan kita buang sahaja sesuka hati.
Hal ini dapat kita lihat pada pemuda-pemudi pada masa ini.Mereka merasakan bahawa hidup mereka perlu ada teman wanita atau teman lelaki.


Melihat kepada ini,diA mula berfikir.Bohonglah jika diA katakan diA tidak pernah ada perasaan ingin mempunyai teman istimewa kerana diA juga manusia.Tetapi,memerhatikan keadaan sekeliling membuatkan diA takut untuk mempunyai teman istimewa.
Mungkin ada yang mengatakan diA kolot atau pengecut tetapi pernahkah kita terfikir sama ada hubungan yang dijalinkan itu kekal?
Jika kita tahu bahawa hubungan itu hanya untuk sementara mengapa perlu diteruskan?Pada fikiran sesetengah orang, mereka mungkin ingin menimba pengalaman bagaimana rasanya mempunyai teman istimewa.Oleh itu, mereka mencari seseorang untuk dijadikan teman istimewa dan secara tidak langsung menjadi bahan ujikaji mereka.

seriously korang nak jadi bahan ujikaji?
Pada pandangan diA sebagai seorang perempuan dan jarang sekali bergaul dengan lelaki maklumlah dulu diA bersekolah di sekolah perempuan, sekiranya diA ingin berpacaran atau berkasih dan mempunyai teman istimewa, diA mahu perhubungan itu berkekalan.
 Sememangnya semua orang inginkan perkara yang sama.Berhubungan dan berharap hubungan itu akan berkekalan sampai bila-bila.


diA bersetuju dengan prinsip seorang sahabat yang mengatakan bahawa kita perlu berkawan dengan semua orang.Takkan nak ber'couple' kemudian bila saja rasa tak sesuai kita putus.Bukan saja telah merobekkan satu hati malah telah menambah seorang musuh pula.
Bagi sahabat diA itu,dia mahu berkawan kemudian apabila telah berjumpa dengan yang bersesuaian untuk menjadi yang teristimewa dalam hidupnya barulah sahabat diA itu menyuarakan hasrat hatinya.

Melihat pada situasi pada hari ini dimana remaja berdepan dengan pelbagai masalah akhlak dan peratusan mereka yang keluar masuk pusat pemulihan dan tidak kurang jua pusat serenti yang semakin membimbangkan membuatkan diA berfikir dan terus berfikir.
Mampukah diA melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak diA suatu hari nanti andai perhubungan  diA dan sang kekasih menjangkau ke jinjang pelamin?
Mustahil diA tidak mahu mempunyai zuriat andai diA ditakdirkan berkahwin.Tetapi mampukah diA mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara memandangkan diA masih lagi dalam proses membetulkan diri sendiri dan masih terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan.


Memang diA masih muda untuk memikirkan hal ini dan diA masih banyak masa untuk belajar dan terus belajar untuk menjadi seorang manusia yang berjaya.
Tetapi takdir Allah tiada siapa yang tahu.Untuk mengatasi ketakutan diA dalam memiliki teman istimewa, diA memilih untuk melupakan sebentar hal hati dan perasaan ini hinggalah sampai masanya diA merasakan diri ini sudah boleh berdikari dan telah berjumpa dengan sang kekasih yang boleh membimbing diA serta menjadi ketua keluarga yang boleh menjadi tauladan buat anak-anak diA kelak.


Bukan niat untuk menyindir sesiapa tetapi diA memikirkan tanggungjawab yang bakal diA pikul apabila diA mengambil keputusan untuk memiliki yang istimewa dalam hidup diA.
Harapan diA agar kita semua senantiasa berfikir dalam apa-apa jua keputusan yang kita ambil kerana sesungguhnya terlajak perahu boleh berundur,terlajak perbuatan,bukan saja masa depan kita malah masa depan bangsa dan negara turut menjadi taruhan.

Oleh itu,marilah bersama-sama kita berfikir dan merenung kembali perjalanan hidup kita.
Pilihlah teman istimewa yang benar-benar istimewa dihatimu...
Bukan teman istimewa yang sekadar memenuhi keperluanmu...

Berfikirlah dan ingatlah....
 Kita sekadar merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya...

Sekian saja coretan diA....

Ahlan Wasahlan...